Minggu lepas, Epic Games mengumumkan bahawa permainan Fortnite Battle Royale akan dilancarkan dalam bentuk permua buat iOS dan Android. Kini, Epic Games akhirnya berkongsi bentuk permainan permua terbut buat pertama kalinya di video trailer khas permua tersebut.

Berdasarkan trailer yang dipertonton, permua Fortnite Battle Royale tersebut dimainkan di peranti iPhone X dan menyokong bentuk permainan melalui skrin sesentuh peranti tersebut.

Namun buat masa ini, permua tersebut hanya boleh dimainkan melalui jemputan khas jika anda mendaftarnya di laman rasmi permua tersebut. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, permua tersebut masih lagi boleh di daftar, tetapi anda perlu menunggu urutan untuk mendapat jemputan tersebut.

Menariknya, melalui laporan lepas, permua Fortnite Battle Royale ini menyokong sokongan cross-play. Epic Games masih belum berkongsi informasi lanjut berkenaan sistem cross-play tersebut, tetapi ia agak menarik memandangkan anda berupaya untuk bertempur dengan pemain-pemain di Playstation 4 dan juga PC melalui versi permua Fortnite Battle Royale.

Daftar : Fortnite Versi Permua

Sohor Kini