Skip to main content

Blizzard Entertainment hari ini mengumumkan penambahan terbaru untuk permainan kad Hearthstone yang dipanggil The Witchwood. Seperti tahun-tahun yang lepas penambahan ini akan menandakan permulaan tahun yang baru untuk Hearthstone iaitu Year of the Raven.

Penambahan yang akan mengandungi 135 kad baru akan dikeluarkan pada pertengahan bulan April. Berdasarkan beberapa kad yang diperlihatkan melalui video pengumuman, ada beberapa mekanik baru yang diperkenalkan.

Start of Game

Melalui mekanik ini pemain yang membina dek mereka dengan mengikut seperti yang dinyatakan di kad tersebut, pemain akan mendapat kelebihan yang dinyatakan. Sebagai contoh, melalui kad Baku the Mooneater, pemain yang membina dek menggunakan kad yang kos mana adalah nombor ganjil, hero power pemain akan dinaik taraf.

Echo & Rush

Kad yang mempunyai mekanik Echo akan menghasilkan kad yang sama dan akan dimasukkan ke tangan pemain, selagi pemain mempunyai mana yang mencukupi, pemain boleh menurunkan kad yang sama beberapa kali. Sebagai contoh Phantom Militia, jika pemain mempunyai 9 mana, pemain boleh menurunkan kad ini sebanyak 3 kali.

Manakala mekanik Rush adalah seperti mekanik Charge akan iaitu pemain boleh menyerang menggunakan kad tersebut pada pusingan yang sama kad diturunkan. Berbeza dengan Charge, Rush hanya boleh menyerang kad lain dan bukan hero pemain.

Pemain boleh membuat pra-tempah untuk penambahan ini dengan harga $49.99 (RM195) dan akan mendapat 70 kad dari penambahan ini dan hiasan kad khas.

Oleh kerana Hearthstone merupakan permainan yang percuma untuk dimainkan, pemain juga boleh mendapatkan pek dari penambahan ini tanpa menggunakan wang tunai. Apa pendapat anda mengenai penambahan terbaru ini? Kami sudah semestinya tidak sabar untuk melihat kesemua kad baru yang akan dikeluarkan. Anda boleh melawati pautan ini untuk melihat kad-kad yang sudah diumumkan.

Hearthstone adalah permainan kad yang dikeluarkan untuk PC,Mac, iOS dan Android.

[info]Pra-Tempah: The Witchwood[/info]

Leave a Reply