Permainan Hearthstone mempunyai tahun tersendiri, bermula dan berakhir pada bulan April. Tahun lepas merupakan Year of the Mammoth yang bermula apabila perkembangan pertama dikeluarkan iaitu Journey to Un’goro pada 6 April. Tahun ini akan berakhir apabila perkembangan pertama tahun ini dikeluarkan pada April nanti, buat masa ini tiada tarikh yang dikongsikan. Tahun baru ini dipanggil sebagai Year of the Raven.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, permulaan tahun selain tiga perkembangan terbaru yang masih tidak diumumkan, Blizzard juga memperkenalkan mod dan juga penambahbaik. Antara perkara baru yang dikongsikan untuk tahun baru ini adalah;

Misi Harian

Misi harian merupakan sumber utama untuk mendapatkan Gold iaitu mata wang di dalam permainan yang digunakan untuk membeli pek kad. Untuk membantu pemain mendapatkan Gold dengan lebih cepat beberapa misi dipermudahkan iaitu

Only the Mighty
LAMA: Play 20 minions that cost 5 or more. Reward 40 gold
BARU: Play 12 minions that cost 5 or more. Reward: 50 gold

Class Victory
LAMAWin 2 games with one of two Classes. Reward: 40 gold.
BARUWin 1 game with one of two Classes. Reward: 50 gold

Class Mastery
LAMAPlay 50 Class cards. Reward: 60 gold
BARUPlay 30 Class cards. Reward: 60 gold

Kejohanan Di Dalam Permainan

Blizzard akan memperkenalkan mod Kejohanan Di Dalam Permainan secara berperingkat. Melalui mod ini pemain boleh menganjur kejohanan mereka sendiri bersama dengan rakan-rakan permainan.

Hero Baru Untuk Kelas Druid

Lunara yang merupakan anak perempuan kepada Cenarius. Pemain boleh memilih Lunara untuk dijadikan sebagai hero baru bagi kelas Druid. Untuk mendapatkan Lunara pemain hanya perlu memenangi 10 perlawanan di Mod Ranked ataupun Mod Casual.

Selain itu Blizzard juga mengumumkan tiga kad dari pek klasik untuk dimasukkan ke dalam Hall of Fame, kad-kad yang dimasukkan ke Hall of Fame adalah kad dari pek klasik yang tidak lagi boleh digunakan untuk mod Standard. Kad-kad yang dimasukkan adalah Ice Block, Coldlight Oracle dan Molten Giant.

Pembaharuan ini sudah semestinya dinantikan oleh pemain-pemain Hearthstone dan perkembangan terbaru yang akan dikeluarkan nanti diharapkan dapat menjadikan Hearthstone lebih segar.

Sohor Kini