Sony Interactive Entertainment melalui penulisan di blog rasmi Playstation mengeluarkan senarai permainan yang paling banyak dimuat-turun di Playstation Store untuk bulan Februari.

Senarai yang dikeluarkan adalah permainan PS4, permainan PSVR, permainan percuma untuk dimainkan, permainan PS Vita, tema untuk PS4 dan permainan PS Classics. Untuk penulisan ini kami akan berkongsi permainan PS4 untuk senarai penuh anda boleh melayari blog Playstation menggunakan pautan di bawah.

Berikut adalah 10 permainan PS4 yang dimuat-turun terbanyak di Playstation Store untuk bulan Februari.

  1. Monster Hunter: World
  2. NBA Live 18: The One Edition
  3. Shadow of the Colossus
  4. EA Sports FIFA 18
  5. Madden NFL 18
  6. EA Sports UFC 3
  7. Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  8. Dragonball FighterZ
  9. Kingdom Come: Deliverance
  10. Gang Beasts

Kami tidak terkejut permainan Capcom Monster Hunter: World mendahului senarai ini kerana penjualan permainan ini terus mendapat sambutan sehinggakan setakat ini permainan ini sudah diedarkan sebanyak 7.5 juta salinan iaitu tertinggi untuk Capcom.

Shadow of the Colossus juga mendapat sambutan walaupun merupakan permainan yang hanya ditambah baik. Tahniah untuk semua permainan yang tersenarai.

Sohor Kini