Telltale Games mengumumkan yang episod ke-5 dan terakhir untuk Batman: The Enemy Within akan dikeluarkan pada 27 Mac 2018.

Menurut Telltale Games episod yang bertajuk “Same Stitch” ini akan mempunyai 2 pengakhiran yang berbeza bergantung kepada pilihan yang pemain lakukan semasa bermain. Berdasarkan pilihan yang di buat di episod ke-4, pemain juga mempunyai dua perwatakan Joker yang berbeza.

Batman: The Enemy Within sudah dikeluarkan untuk PC, Mac, iOS, Android, Xbox One dan Playstation 4.

Sohor Kini