Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Telltale Game, mereka mengumumkan episod keempat untuk Batman: The Enemy Within yang akan dikeluarkan pada 23 Januari 2018 ini.

Episode keempat ini akan bertajuk “What Ails You” dan akan menyambung penceritaan dari episod ketiga yang berakhir dengan agak tergantung. Batman: The Enemy Within merupakan musim kedua untuk siri permainan Telltale bagi Batman.

Tambahan juga, jika anda merupakan pelanggan PS Plus, anda boleh mendapatkan musim pertama permainan ini secara percuma bermula 11 Januari nanti. Bagi anda yang masih belum bermain siri Batman ini kami sangat mengesyorkan anda mendapatkanya kerana jalan cerita yang dibawa agak menarik terutama jika anda meminati Batman.

Sohor Kini