Pasukan Overwatch League Dallas Fuel dan pemain Felix ‘xQC’ Lengyel mengumumkan perjanjian bersama untuk berpisah. xQC merupakan antara pemain Winston terbaik dan sudah bermain sebanyak 6 kali untuk Dallas Fuel.
xQc sebelum ini digantung pertama kali kerana mengeluarkan kata-kata homofobia semasa di strim peribadinya sendiri. Pergantungan ini membuatkan dia terlepas perlawanan-perlawanan terakhir untuk peringkat 1. Minggu lepas xQc sekali lagi digantung kerana dikatakan menggunakan emote yang berbaur perkauman. Selain didenda $4000 (RM15,600), xQc digantung sebanyak 4 perlawanan bermula 12 Mac.
Dengan perkembangan terbaru ini, Dallas Fuel mengatakan mereka terpaksa melepaskan xQc untuk memfokuskan kepada pemain yang boleh bermain untuk mereka. Tambah mereka lagi, dengan pelepasan ini memberikan mereka lebih kemudahan untuk menambah pemain ketika tingkap perpindahan dibuka dan juga memberikan peluang xQc untuk mencari peluang di tempat lain.
Ini merupakan perkembangan yang tidak baik untuk Dallas Fuel dan juga xQc sendiri bahkan ini juga memberi impak kepada Overwatch League sendiri yang makin cuba untuk mengawal pemain-pemain yang terlibat. Apapun kami mengucapkan moga berjaya kepada Dallas Fuel dan juga xQc sendiri.
Pada pendapat anda, adakah Dallas Fuel membuat keputusan yang tepat untuk melepaskan xQc?