Lanjutan daripada peracahan Valkyrie Profile: Lenneth oleh Square-Enix minggu lepas, Square-Enix akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara permua bermula musim bunga tahun ini.

Square-Enix menyatakan bahawa permainan ini akan dilancarkan di iOS dan Android pada musim bunga tahun ini. Selain itu, buat masa ini, Square-Enix hanya akan melancarkan permua ini di pasaran Jepun sahaja.

Valkyrie Profile: Lenneth merupakan permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan di Playstation Portable pada 2006 lepas. Ia asalnya merupakan permainan Valkyrie Profile yang dilancarkan di Playstation 1 pada 2000 lepas.

Sohor Kini