Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperacahkan Permainan Pernambah-Baik Valkyrie Profile: Lenneth

Square-Enix Memperacahkan Permainan Pernambah-Baik Valkyrie Profile: Lenneth

Diterbitkan pada Mac 5, 2018 oleh .

Square-Enix minggu ini memperacahkan permainan pernambah-baikkan Valkyrie Profile: Lenneth melalui akaun Twitter rasmi permainan tersebut. Ketika artikel ini ditulis, Square-Enix masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan juga platform pelancaran permainan tersebut.

Valkyrie Profile: Lenneth merupakan permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan di Playstation Portable pada 2006 lepas. Ia asalnya merupakan permainan Valkyrie Profile yang dilancarkan di Playstation 1 pada 2000 lepas.

Valkyrie Profile: Lenneth merupakan permainan JRPG yang asalnya dibangunkan oleh Tri-Ace dan dilancarkan oleh Enix. Permainan ini memfokuskan pengembaraan Lenneth dan bertempatkan di dalam mitologi Norse.

Ini merupakan satu berita yang menarik bagi mereka yang meminati siri permainan JRPG klasik seperti Valkyrie Profile yang memfokuskan pertempuran secara berturutan. Seperti biasa kami akan mengemaskini apabila Square-Enix mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN