Dengan pengumuman permainan terbaru Super Smash Bros. buat konsol Switch pada Nintendo Direct semalam, Masahiro Sakurai iaitu pereka asal siri permainan Super Smash Bros. kini disahkan melalui akaun Twitter rasmi beliau yang mana beliau terlibat di dalam pembangunan permainan tersebut.
いまはまだタイトルを発表しただけの段階ですが、黙して日々制作に取り組んでいます。内容公開、あるいは発売できるその時まで、お待ちください!! https://t.co/vnfNUoGZ0J
— 桜井 政博 (@Sora_Sakurai) March 8, 2018
Menurut Masahiro Sakurai, beliau menyatakan di Twitter bahawa yang mana mereka membangunkan permainan tersebut secara diam dan kini ia di peringkat yang mana mereka berupaya untuk berkongsi pengumuman permainan tersebut. Menurut beliau lagi, mereka akan mengumumkan informasi lanjut pada masa akan datang.
Ini merupakan suatu yang agak mengejutkan dimana sebelum ini, Masahiro Sakurai sering menyatakan bahawa Super Smash Bros. Wii U merupakan penglibatan beliau yang terakhir bagi siri tersebut. Memandangkan ketika pembangunan permainan tersebut di Wii U, beliau mengalami sebilangan kecederaan di bahu kanan beliau dan ia memberi kesan terhadap kesihatan beliau.
Namun begitu, buat masa ini beliau mahupun Nintendo masih belum mengumumkan sebarang pengumuman berkenaan peranan beliau bagi pembangunan permainan tersebut.
Kami di Aksiz juga berharap agar Masahiro Sakurai akan menjaga kesihatan beliau ketika proses pembangunan permainan Super Smash Bros. yang dijangka bakal tiba tahun ini buat konsol Switch.