Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Mingguan PSN – Hellblade: Senua’s Sacrifice

Promosi Mingguan PSN – Hellblade: Senua’s Sacrifice

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Minggu ini bermula dari 9 sehingga 15 Mac ini, anda boleh mendapatkan permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice pada hanya RM102.40 di PSN Store berbanding harga asalnya RM128. Bagi anda yang mempunyai langganan Playstation Plus, permainan ini akan menyertakan diskaun tambahan sebanyak 10% sekaligus meletakkan harga kepada RM89.60.

Hellblade: Senua’s Sacrifice adalah permainan sinematik psikologi seram aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ninja Theory. Sejak pelancaran permainan tersebut tahun lepas, ia mendapat pelbagai anugerah akan kerana bentuk penceritaannya yang memfokuskan penyakit mental. November lepas, Ninja Theory juga berkongsi bahawa permainan tersebut telah terjual melebihi 500,000 salinan sekaligus menguntungkan syarikat tersebut.

Bagi anda yang masih belum bermain Hellblade: Senua’s Sacrifice, ini merupakan peluang yang baik untuk anda mencuba permainan tersebut dengan harga yang lebih murah melalui Playstation 4.

Promosi Mingguan PSN: Hellblade: Senua’s Sacrifice


TIPS & ULASAN