Jika sebelum ini beta untuk Sea of Thieves hanya dibuka kepada pemain yang membuat pra-tempahan sahaja, kali ini sebelum permainan ini dikeluarkan pada 20 Mac nanti beta dibuka kepada semua pemain untuk PC dan Xbox One.
Beta terbuka ini bermula sekarang sehingga 6 Petang 11 Mac nanti. Jika anda ingin mencuba permainan simulasi lanun ini di PC anda hanya perlu mencari Sea of Thieves di applikasi Windows Store yang sedia ada di PC anda ataupun melalui pautan yang akan disediakan di bawah. Saiz fail untuk beta ini adalah 20GB.
Jika anda tidak pasti sama ada PC anda dapat memainkan Sea of Thieves dengan baik, anda boleh merujuk kepada spesifikasi permainan yang dikeluarkan. Walaupun bulan Mac ini agak padat dengan permainan terbaru akan tetapi Sea of Thieves tetap dinantikan oleh kami kerana keunikannya.
[info]Beta Terbuka: Sea of Thieves[/info]