Informasi Permainan Video Terkini
Spesifikasi Permainan Sea Of Thieves Diumumkan Buat Pengguna PC
PC

Spesifikasi Permainan Sea Of Thieves Diumumkan Buat Pengguna PC

Diterbitkan pada Feb 13, 2018 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan dunia terbuka lanun yang dibangunkan oleh Rare pada 20 Mac ini, Microsoft akhirnya berkongsi spesifikasi bagi permainan buat pengguna PC.

Spesifikasi PC Sea Of Thieves
Pemproses Paling Minimum  Intel Q9450 @2.6ghz atau AMD Phenom II
Pemproses Disarankan  Intel i5 4690 @3.5ghz atau AMD FX-8150
Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 650 atau AMD Radeon 7750
Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 1060 atau AMD RX 470
RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 60 GB
Sistem Operasi Windows 10 64-bit

Pada masa yang sama, Rare juga menyertakan imej jadual khas dibawah untuk memudahkan permainan melihat keperluan spesifikasi permainan tersebut.

Menariknya juga, Microsoft juga berkongsi bagi mereka yang mempunyai spesifikasi PC yang rendah dimana permainan tersebut menyokong resolusi sehingga 540p. Manakala bagi anda yang ingin bermain secara 1080p bersama 60FPS, permainan tersebut tampaknya tidak memerlukan spesifikasi PC yang sangat tinggi.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.

Sea Of Thieves bakal dilancarkan di PC dan Xbox One pada 20 Mac 2018 ini dan ia sudah boleh dipra-tempah di laman rasmi permainan tersebut.