Pada Februari lepas, Sony mengumumkan sistem operasi bagi 5.50 Playstation 4 yang mana ia menyertakan sebilangan kemaskini dan fungsi baru buat konsol tersebut. Antaranya adalah fungsi untuk mengehadkan masa bermain bagi akaun keluarga di Playstation 4.

Dengan pelancaran sistem operasi tersebut secara rasmi minggu ini, kami di Aksiz ingin berkongsi dengan anda cara-cara untuk anda menetapkan had tersebut bagi konsol Playstation 4.

Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah ke tetapan Parental Control/Family Management yang terdapat di Setting > Parental Control/Family Management > Family Management. Namun untuk mengakses tetapan tersebut, anda perlu log masuk akaun Playstation Network anda bersama kata laluan atas sebab keselamatan.

Selepas itu anda perlu menambah akaun yang anda boleh tetapkan dengan melalui pautan Add Family Member. Melaluinya, anda berupaya memilih akaun Playstation 4 yang sedia ada ataupun membuat akaun baru untuk pengguna yang anda ingin tetapkan.

Selepas anda menetapkan akaun pengguna termasuklah nama pengguna ID, zon masa dan sebagainya, anda akan ke paparan seperti di atas dimana anda boleh menetapkan jumlah masa bagi pengguna Playstation 4 tersebut. Melaluinya, anda boleh menetapkan masa mengikut hari, tempoh masa dan had masa bermula main bersama berhenti bermain.

Anda juga boleh membuat pilihan untuk memberhentikan sesi permainan akaun tersebut ataupun hanya memberi notifikasi melalui tetapan diatas.

Selepas anda menetapkan tetapan tersebut. Senarai pemain yang mempunyai had masa akan dipaparkan termasuklah jumlah masa yang telah dimain oleh pengguna tersebut.

Melalui cara ini, anda kini berupaya untuk memantau jumlah masa anak anda bermain permainan di Playstation 4 sekaligus menyenangkan proses untuk anda memberhentikan anak anda bermain Playstation 4.

Kami di Aksiz berharap agar perkara ini dapat membantu bagi ibubapa diluar sana untuk mengawal tempoh masa bermain bagi anak-anak anda dan pada masa yang sama anak-anak anda akan bermain permainan dengan lebih berhemah.

Sohor Kini