Informasi Permainan Video Terkini
Valve Mengumumkan Permainan Kad Dota – Artifact
PC

Valve Mengumumkan Permainan Kad Dota – Artifact

Diterbitkan pada Ogos 9, 2017 oleh .

Ketika acara The International 2017 atau Ti7 yang sedang berlangsung hari ini, Valve telah mengumumkan permainan baru iaitu Artifact.

Artifact adalah sebuah permainan kad berdasarkan kepada francais Dota yang turut dimiliki oleh Valve. Masih tiada lagi informasi tambahan berkenaan permainan ini, termasuk bagaimana bentuk permaina keseluruhannya. Valve merancang untuk melancarkan permainan kad Artifact ini pada 2018 kelak.