Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Kelengkapan Undead Gear Pack Diumumkan Buat Assassin’s Creed Origins
PC

Kandungan Kelengkapan Undead Gear Pack Diumumkan Buat Assassin’s Creed Origins

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan kandungan pernambahan terbaru buat permainan Assassin’s Creed Origin iaitu Undead Gear Pack yang menyertakan sebilangan kelengkapan baru buat Bayek.

Kelengkapan yang disertakan adalah kostum Pharoah’s Regalia, perisai Scorpion Shield, unta Eternal Vigil, pedang sabit Song of the Desert dan busur Serket’s Reach.

Kelengkapan ini boleh dibeli melalui kedai di dalam permainan Assassin’s Creed Origin dengan menggunakan Helix Credits. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kelengkapan tersebut melalui Heka Chests di Nomad Bazaar.

Februari lepas, Ubisoft juga mengumumkan kandungan DLC Curses Of The Pharoah yang bakal tiba pada 13 Mac ini.  Melalui DLC ini had tahap pemain ditingkatkan ke 55, peta baru Valley of The Kings boleh diterokai dan tujuh kemampuan baru akan diperkenalkan untuk Bayek. Pemain juga boleh menentang musuh dalam bentuk kala jengking gergasi dan firaun yang hidup semula sebagai zombie.

Bagi anda yang masih lagi bermain Assassin’s Creed Origin, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba kelengkapan baru Bayek dan juga bermain pernambahan terbaru ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN