Informasi Permainan Video Terkini
DLC Curse Of The Pharaohs Untuk Assassin’s Creed Origins Ditangguh

DLC Curse Of The Pharaohs Untuk Assassin’s Creed Origins Ditangguh

Diterbitkan pada Feb 25, 2018 oleh .

DLC percuma Discovery Tour dan New Game+ diberikan kepada pemilik Assassin’s Creed Origins minggu ini. Kepada mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tamadun Mesir pada penghujung zaman firaun,kami menyarankan anda memainkan mod Discovery Tour pada kadar segera.

Bagi mereka yang lebih meminati aksi lasak Bayek dan rakan-rakan, DLC Curse of The Pharaohs pastinya dinantikan. Malang bagi anda pihak Ubisoft mengumumkan DLC kedua ini akan ditangguh pelancarannya selama tujuh hari ke 13 Mac. Melalui DLC ini had tahap pemain ditingkatkan ke 55, peta baru Valley of The Kings boleh diterokai dan tujuh kemampuan baru akan diperkenalkan untuk Bayek. Pemain boleh menentang musuh dalam bentuk kala jengking gergasi dan firaun yang hidup semula sebagai zombie.


TIPS & ULASAN