WHO bercadang untuk menjadikan ketagihan permainan video sebagai penyakit mental. Walaupun ramai yang menganggap perkara ini adalah bukan sesuatu yang serius, berbeza dengan keadaan di China, masalah ketagihan permainan video terutama permua menjadi makin serius dan mula diberi perhatian.
Tencent iaitu penerbit kepada permainan Arena of Valor yang mempunyai lebih 200 juta pemain setiap bulan, bercadang untuk menyelesaikan masalah ketagihan ini dengan memperkenalkan kontrak digital di China. Melalui kontrak ini ibu bapa boleh menghadkan jumlah masa yang anak mereka untuk bermain.
Kontrak ini juga membolehkan pemain untuk mendapatkan masa bermain dengan sama ada mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan dan juga menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Dengan kata lain untuk pemain terutama yang di bawah umur, memerlukan kebenaran dari ibu bapa sebelum mereka dapat bermain.
Pada teori ini adalah nampak macam boleh mengurangkan kesan ketagihan, akan tetapi dari segi pelaksanaan sudah semestinya akan lebih sukar. Sebagai contoh, Tencent sebelum ini menghadkan pemain bawah umur 12 tahun untuk bermain sejam sehari sahaja akan tetapi ini menyebabkan ramai pemain membuat akaun dewasa.
Sama ada patut atau tidak ketagihan permainan video dianggap sebagai penyakit akan tetapi perkara ini tetap harus dipandang serius, penglibatan penerbit permainan untuk mencegah masalah ini harus dipuji akan tetapi dari segi pelaksanaan masih bergantung kepada individu tersendiri. Bagaimana dengan anda, ada pengalaman mengenai ketagihan permainan video?