Informasi Permainan Video Terkini
Watak Nightmare Diumumkan Bakal Kembali Buat Permainan Soul Calibur VI
PC

Watak Nightmare Diumumkan Bakal Kembali Buat Permainan Soul Calibur VI

Diterbitkan pada Mac 5, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, Bandai Namco mengumumkan watak Ivy dan Zasalamel buat permainan Soul Calibur VI. Kini watak antagonis utama Soul Calibur juga bakal kembali buat permainan akan datang Soul Calibur VI, iaitu Nightmare.

Nightmare merupakan watak antagonis buat permainan Soul Calibur yang mana beliau mempunyai senjata pedang Soul Edge. Menurut penerbit permainan tersebut, Motohiro Okubo menyatakan bahawa watak tersebut merupakan watak berelemen gelap di dalam siri Soul Calibur. Beliau juga berharap pemain untuk bermain permainan tersebut yang mana mereka telah membangunnya dengan pelbagai bentuk permainan perlawanan yang menarik dan berkualiti tinggi

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. 


TIPS & ULASAN