Pada Disember lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan perlawanan Soul Calibur VI yang mana ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini, Bandai Namco mengumumkan dua lagi watak dari siri Soul Calibur akan tiba buat permainan tersebut. Watak tersebut adalah Ivy dan Zasalamel.
Ivy merupakan watak asal dari siri Soul Calibur yang mana beliau menggunakan senjata cambuk. Manakala Zasalamel pula menggunakan senjata sabit. Zasalamel pertama kali muncul ketika permainan Soul Calibur III yang dilancarkan di Playstation 2 dan Xbox pada 2005 lepas. Kini tampaknya, kedua-dua watak tersebut akhirnya bakal tiba di permainan terbaru Soul Calibur VI secara rasmi.
Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.