Minggu lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Trilogy buat konsol Switch yang mana ia menyertakan ketiga-tiga permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm. Namun, pengumuman tersebut hanya buat pasaran Jepun.
Kini, Bandai Namco akhirnya mengumuman versi global yang mana ia akan dilancarkan pada 26 April ini yang mana ia merupakan tarikh yang sama bagi pasaran Jepun. Walaubagaimana pun, versi global hanya akan dilancarkan secara digital sahaja.
Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Trilogy asalnya dilancarkan konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada Julai tahun lepas. Permainan ini menyertakan tiga permainan iaitu Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm, Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 2 dan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full Burst.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya bermula 27 April khas melalui Nintendo eShop buat konsol Switch.