Bandai Namco hari ini mengumumkan permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Trilogy buat konsol Nintendo Switch. Permainan tersebut asalnya dilancarkan konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada Julai tahun lepas.

Kini tampaknya ia bakal tiba di Switch yang mana ia merangkumi tiga permainan iaitu Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm, Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 2 dan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full Burst.

Selain itu, menurut Bandai Namco, permainan tersebut akan menyertakan segala kandungan tambahan yang dilancarkan sebelum ini oleh Bandai Namco.

Namun, buat masa ini permainan edisi Switch tersebut hanya akan dilancarkan buat pasaran Jepun sahaja iaitu pada 27 April ini. Akan tetapi, memandangkan permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Trilogy dilancarkan secara global di konsol lain, kami pasti Bandai Namco akan melancarkan edisi Switch global pada masa akan datang.

Sohor Kini