Jika sebelum ini ura-ura mengenai Hearthstone akan tiba ke Switch ditolak oleh Blizzard kali ini melalui laporan di Neoseeker, permainan lain dari Blizzard iaitu Diablo III sedang dibangunkan untuk Switch dan akan dikeluarkan pada 2019.
Tambah laporan itu lagi, Diablo III untuk Switch akan disertakan multi-pemain di luar talian, yang semestinya sesuatu sangat disukai oleh pemilik Switch.
Disebabkan ini adalah ura-ura dan buat masa ini Blizzard tidak mengeluarkan sebarang pengesahan, kami tidak memasang harapan tinggi untuk ini menjadi kenyataan.