Skip to main content

Detroit: Become Human merupakan antara pemain yang kami nantikan untuk tahun ini, walaupun sudah dinyatakan akan dikeluarkan pada tahun ini akan tetapi tiada tarikh tetap yang diberikan.

Hari ini melalui penulisan di blog rasmi Playstation, David Cage iaitu Pengarah Quantic Dream mengumumkan Detroit: Become Human akan dikeluarkan pada 25 Mei.

Detroit: Become Human adalah permainan mengenai tiga android yang sepatutnya hanya mengikut arahan, mula mempunyai perasaan sendiri. Berdepan dengan penganiayaan dan kekejaman masyarakat mereka mesti memilih apa yang harus mereka lakukan.

Tiga android di dalam permainan ini adalah Connor iaitu rekaan untuk membantu manusia menyiasat kes melibatkan android. Kara menjadi pelarian kerana mengasihani seorang anak kecil dan berimpian untuk mendapat kebebasan. Markus merupakan ketua kepada revolusi android.

Pemain akan mengawal ketiga-tiga android secara bergiliran dan juga mengawal perjalanan mereka. Setiap penceritaan adalah unik kerena setiap pilihan pemain tidak kira yang kecil atau besar akan membentuk penceritaan. Setiap pilihan ini akan menjadi penceritaan pemain itu sendiri.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini, bagaimana dengan anda? Adakah anda berpendapat David Cage dapat mengembalikan keunikan permainan dari Quantic Dream selepas kekurangan pada Beyond: Two Souls?

Detroit: Become Human merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4.

Leave a Reply