Informasi Permainan Video Terkini
10 Permainan Playstation 4 Akan Datang Pada 2018 Yang Tidak Sabar Untuk Dimainkan

10 Permainan Playstation 4 Akan Datang Pada 2018 Yang Tidak Sabar Untuk Dimainkan

Diterbitkan pada Jan 1, 2018 oleh .

Menjelang tahun 2018 ini, terdapat pelbagai permainan menarik bakal dilancarkan pada tahun tersebut terutamanya buat konsol Playstation 4. Baru-baru ini, kami juga berkongsi antara permainan terbaik yang dilancarkan bagi tahun 2017 untuk konsol Playstation 4. Kini, kami ingin berkongsi 10 permainan Playstation 4 akan datang pada 2018 ini, yang mana kami tidak sabar untuk mainkan.

10. Days Gone

Days Gone antara permainan yang menarik bagi kami apabila Sony Interactive Entertainment mengumumkannya ketika E3 2016 lepas. Menariknya ia dibangunkan oleh studio pembangun permainan Bend Studio, iaitu mereka terkenal dengan siri permainan Syphon Filter dan Uncharted: Golden Abyss.

Ketika E3 2017 lepas, Sony juga mempertontonkan bentuk permainan Days Gone yang baru yang mana ia memfokuskan bentuk pertempuran bersama kesan-kesan cuaca di dalam permainan tersebut. Menariknya, Sony juga mempamerkan bentuk permainan yang berbeza bagi misi yang sama dimana kesan cuaca di dalam permainan tersebut akan menjadi faktor utama persekitaran permainan tersebut sentiasa berubah.

Buat masa ini, Bend Studio dan Sony Interactive Entertainment masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran rasmi bagi permainan tersebut. Namun, mereka menyatakan Days Gone bakal tiba pada 2018 ini.

9. Shadow Of The Colossus

Shadow of the Colossus, permainan yang asalnya dilancarkan di Playstation 2 pada 2005 lepas sememangnya merupakan permainan memberi kejutan bagi semua pemain dengan penceritaan dan bentuk permainan yang unik. Pada E3 2017 Jun lepas, Sony mengumumkan bahawa permainan ini akan dibangunkan semula dengan kerjasama Bluepoint Games yang mana mereka juga adalah pembangun yang bertanggunjawab untuk permainan pernambah-baikkan Gravity Rush Remastered dan Uncharted The Nathan Drake Collection di konsol Playstation 4.

Kini setelah melebihi 10 tahun, permainan Shadow of the Colossus bakal kembali ke konsol Playstation 4 dengan pelbagai pernaik-taraf termasuklah sokongan resolusi 4k. Selain pernaik-taraf dari segi resolusi, Bluepoint Games juga menaik-taraf dari segi visual dengan menghasilkan sebilangan pelbagai aset tekstur baru yang lebih terperinci.

Permainan Shadow of the Colossus akan tiba pada 6 Februari 2018 ini secara ekslusif di Playstation 4.

8. Dragonball FighterZ

Permainan perlawanan terkini oleh Arc System Works, iaitu Dragonball FighterZ adalah satu lagi permainan yang dinanti-nantikan oleh peminat terutamanya peminat siri anime Dragonball Z. Arc System Works, terkenal dengan siri permainan Guilty Gears dan BlazBlue kini bekerjasama bersama Bandai Namco untuk membangunkan permainan perlawanan Dragonball Z.

Tambahan juga, Dragonball FighterZ juga menyertakan penceritaan yang baru dimana ia memfokuskan era Android. Pada masa yang sama, Arc System Works juga memperkenalkan watak baru, iaitu Android 21 dimana ia diselia khas oleh pelukis dan pereka asal siri Dragonball, Akira Toriyama.

Dragonball FighterZ akan tiba pada 26 Januari 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

7. Red Dead Redemption 2

Permainan simulasi koboi dunia terbuka yang menjadi kegilaan ramai pada 2010 lepas, Red Dead Redemption merupakan salah satu permainan yang terbaik di konsol Playstation 3 dan Xbox 360. Kini, Rockstar akhirnya akan melancarkan permainan terbaru berdasarkan siri Red Dead Redemption yang mana ia akan memfokuskan sebilangan watak baru termasuklah keupayaan untuk merompak dan sebagainya.

Namun ketika artikel ini ditulis, Rockstar masih belum berkongsi banyak lagi informasi berkenaan permainan tersebut termasuklah tarikh pelancarannya. Namun, kami masih tidak sabar untuk mengembara di dunia terbuka era koboi di dalam permainan Red Dead Redemption 2 menjelang 2018 ini.

6. A Way Out

Antara kejutan yang dipertontonkan ketika E3 2017 adalah permainan A Way Out yang dibangunkan oleh Hazelight Studios yang dimiliki oleh Josef Fares. Beliau juga merupakan pengarah bagi permainan Brothers: A Tale Of Two Sons yang dilancarkan 2013 lepas.

A Way Out merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan permainan koperasi antara dua pemain. Menariknya, sepanjang permainan ini pemain perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang terdapat di dalam permainan tersebut. Menariknya, bentuk permainan A Way Out juga akan membahagikan skrin permainan sekaligus ia mengwajibkan pemain untuk bermain secara multi-pemain secara luar-talian ataupun atas-talian.

Bagi anda yang tidak sabar untuk mengembara bersama Vincent dan Leo di dalam permainan A Way Out ini, permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada 23 Mac 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

5. Monster Hunter World

Monster Hunter kini kembali ke konsol Playstation 4 dimana sebelum ini mereka melancarkan sebilangan siri permainan Monster Hunter di konsol Nintendo 3DS. Kini, akhirnya Capcom melancarkan kembali permainan tersebut di konsol Playstation sejak pelancaran permainan pertamanya di Playstation 2.

Monster Hunter World juga menyertakan pelbagai kandungan seperti kandungan kolaborasi antara Horizon Zero Dawn dan juga Megaman. Permainan tersebut juga mempunyai sebilangan perubahan dari segi pengembaraan dimana ia kini merupakan permainan separuh dunia terbuka. Dimana kini, setiap bahagian tidak lagi dibahagi ke sesuatu bahagian dan pemain berupaya untuk meneroka peta kawasan secara menyeluruh tanpa sebarang skrin loading.

Monster Hunter World dirancing untuk dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

4. God Of War

Antara pengumuman yang tidak dilupakan ketika E3 2016 lepas adalah permulaan sidang media Sony dimana Kratos keluar daripada bayangan di trailer yang dipertontonkan. Kini, Sony Interactive Entertainment bersama Santa Monica Studio akhirnya akan melancarkan permainan God Of War pada 2018 ini. Namun begitu, mereka masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Tetapi, ia dirancang untuk dilancarkan pada awal tahun 2018.

Menariknya, permainan God Of War terbaru ini akan memfokuskan mitologi Norse berbanding permainan God of War sebelum yang memfokuskan mitologi Greek. Permainan ini juga sekali lagi akan membawa penceritaan bagi watak Kratos tetapi kini beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Atreus. Dengan bentuk permainan penembak pandang ketiga, pemain akan berupaya untuk mengembara dengan sebilangan elemen-elemen RPG tanpa sebarang pengakhiran yang berbeza.

God Of War dirancang untuk dilancarkan pada awal 2018 ini secara esklusif di konsol Playstation 4.

3. Spider-man

Setelah hampir 5 tahun kita tidak mendapat sebarang permainan terbaru buat Spiderman, kini Sony Interactive Entertainment berkerjasama bersama Imsoniac Studios untuk membangunkan permainan Spider-Man yang tidak terikat dengan mana-mana filem Marvel.

Permainan Spider-Man merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk dunia terbuka. Pemain akan bermain sebagai adiwira Spider-Man dimana pemain berupaya untuk bergayut di bandar New York dengan kemahiran-kemahiran yang terdapat oleh Spider-Man. Permainan ini juga banyak menggunakan elemen menyelinap dimana pemain perlu menghapuskan musuh secara senyap dan sebagainya.

Menurut Sony, permainan Spider-Man akan dilancarkan pada tahun 2018 dan ia akan tiba secara esklusif di konsol Playstation 4 sahaja.

2. Kingdom Hearts 3

Siri permainan Kingdom Hearts yang ke-12, Kingdom Hearts 3 nampaknya akhirnya akan dilancarkan pada tahun 2018 ini. Walaupun Square-Enix masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancaran bagi permainan tersebut, namun Square-Enix menyatakan ia bakal tiba pada 2018 ini. Akhirnya setelah menanti 5 tahun selepas pelancaran Kingdom Hearts Dream Drop Distance yang dilancarkan di Nintendo 3DS 2012 lepas, kita akhirnya dapat mengembara bersama Sora, Donald dan Goofy menjelang 2018 ini.

Siri Kingdom Hearts terkenal dengan bentuk permainan aksi RPG dan pada masa yang sama kolaborasi antara dunia Disney dan juga Square-Enix. Terdapat pelbagai penampilan daripada dunia-dunia filem Disney seperti The Lion King, Aladdin dan sebagainya. Pada Julai lepas, Disney dan Square-Enix juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan menyertakan dunia daripada filem Toy Story.

Kingdom Hearts 3 akan dilancarkan pada tahun 2018 di konsol Playstation 4 dan juga Xbox One.

1. Detroit: Become Human

Permainan yang dinantikan oleh kami semestinya Detroit: Become Human. Iaitu permainan seterusnya oleh David Cage dan Quantic Dream yang asalnya ia diperacahkan sejak 2012 lepas. Detroit: Become Human merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan dunia masa depan dimana dunia tersebut terdiri daripada robot android yang mana mereka menjadi pembantu rumah dan seperti hamba oleh manusia.

Menariknya, pemain akan mengawal sebagai tiga android yang berbeza dimana setiap android akan mempunyai kemahiran yang berbeza. Pada Tokyo Game Show yang lepas, kami juga berkesempatan untuk menemu ramah bersama penerbit permainan tersebut, Guillaume de Fondaumière dimana beliau menjawab sebilangan soalan-soalan berkenaan permainan tersebut. Pada Playstation Experience 2017 SEA juga kami berkesempatan untuk memberi pandang pertama bagi permainan tersebut yang mana ia merupakan permainan yang menarik dari segi visual dan juga penceritaan.

Menurut Sony, permainan Detroit: Become Human dirancang untuk dilancarkan pada musim bunga 2018 ini.

Berikut adalah senarai permainan video bagi konsol Playstation 4 akan datang yang kami tidak sabar untuk main menjelang 2018 ini. Adakah anda bersetuju dengan pilihan kami? Pada pendapat anda, apakah permainan Playstation 4 yang dinantikan oleh anda dan kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.


TIPS & ULASAN