Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma PlayStation Plus Bulan Februari 2018 Diumumkan – Sertakan Evolve Dan Mighty No. 9

Permainan Percuma PlayStation Plus Bulan Februari 2018 Diumumkan – Sertakan Evolve Dan Mighty No. 9

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Februari 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak tiga permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 8 Februari sehingga 7 Mac 2018 ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat permainan tersebut :

  • Evolve (PS4)
  • Mighty No. 9 (PS4 & PS3)
  • Grand Kingdom (PS4 & PS Vita)
  • Starblood Arena (PSVR)
  • Borderlands: The Pre-Sequel (PS3)

Selain daripada itu, Sony juga menyertakan aplikasi muzik latar khas buat pelanggan Playstation Plus iaitu Premium Musical Note “The Memories Of Puppets NieR Music Concert” secara percuma. Tambahan juga, Sony juga akan menyertakan avatar khas daripada permainan Secret Of Mana dan tema Playstation 4 Toro dan Puppies.

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 8 Februari sehingga 7 Mac. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Januari, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 7 Februari ini.


TIPS & ULASAN