Informasi Permainan Video Terkini
Mod Ranked Untuk Hearthstone Dihentikan Buat Sementara Waktu
PC

Mod Ranked Untuk Hearthstone Dihentikan Buat Sementara Waktu

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Mod paling popular di dalam Hearthstone adalah mod Ranked, di mana pemain akan berlawan untuk cuba mendapat kedudukan tertinggi untuk sesuatu musim (satu musim bersamaan sebulan).

Untuk musim bulan March, Blizzard memperkenalkan sistem baru di mana pemain akan diturunkan sebanyak 4 tangga sahaja berbanding sebelum ini berdasarkan bintang yang diterima. Setiap peringkat juga akan mempunyai 5 bintang berbanding 3 sebelum ini.

Ada laporan di Reddit yang mengatakan pemain mendapat dan hilang 5 bintang sekaligus apabila bermain mod Ranked, yang sepatutnya hanya satu bintang untuk setiap kemenangan dan kekalahan.

Blizzard yang menyedari masalah ini terus menghentikan mod Ranked buat sementara waktu. Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai bila mod ini akan kembali. Kami akan kemaskini apabila menerima maklumat tambahan.


TIPS & ULASAN