Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Hearthstone Kini Tiba – Memperkenalkan Acara Wildfest
PC

Kemaskini Terbaru Hearthstone Kini Tiba – Memperkenalkan Acara Wildfest

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Selain dari perubahan keseimbangan untuk Hearthstone, kemaskini juga memperkenalkan Wildfest yang akan mempunyai tiga acara iaitu Wild Arena, Venture into the Wild, dan The Wild Brawliseum. Kesemua acara ini melibatkan Wild iaitu mod permainan di dalam Hearthstone dimana pemain boleh menggunakan kesemua kad yang pernah dikeluarkan. Acara ini akan berlansung dari 19 Februari sehingga 11 Mac.

Melalui kemaskini juga Ranked juga menerima perubahan di mana bermula 1 Mac ini selepas musim berakhir, pemain akan diturunkan sebanyak 4 tangga sahaja berbanding sebelum ini berdasarkan bintang yang diterima. Sebagai contoh pemain yang berada di tangga 1 di akhir musim akan bermula di rank 5 untuk musim depan.  Setiap tangga juga akan mempunyai 5 bintang.


TIPS & ULASAN