Informasi Permainan Video Terkini
Happy Birthdays Akan Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch Pada 5 Jun

Happy Birthdays Akan Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch Pada 5 Jun

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan yang Happy Birthdays akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada pada tahun ini. Hari ini NIS America mengumumkan yang permainan ini akan dikeluarkan pada 5 Jun.

Happy Birthdays merupakan versi permainan Birthdays the Beginning yang ditambahbaik untuk eksklusif untuk Switch. Birthdays the Beginning sudah dikeluarkan untuk PC dan Playstation 4.

Anda pernah mencuba Birthdays the Beginning? Untuk pemilik Switch adakah permainan ini bersesuaian dengan Switch?


TIPS & ULASAN