Permainan sandbox oleh pereka Harvest Moon (Story of Seasons) Yasuhiro Wada, Happy Birthdays yang sudah dikeluarkan untuk PC dan PlayStation 4 akan dikeluarkan untuk Switch pada tahun ini mengikut pengumuman oleh NIS America.
Permainan ini membolehkan pemain untuk mencipta dunia mereka sendiri yang didiami oleh pelbagai flora dan fauna. Pemain boleh mengubah rekaan dunia dan juga cuaca untuk mendapatkan kehidupan yang berlainan. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.