Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Animasi Pendek Overwatch ‘Honor and Glory’- Memfokuskan Watak Penceritaan Reinhardt

Jom Tonton : Animasi Pendek Overwatch ‘Honor and Glory’- Memfokuskan Watak Penceritaan Reinhardt

Diterbitkan pada November 4, 2017 oleh .

Blizzard Entertainment hari ini telah menerbitkan sebuah animasi pendek Overwatch yang terbaru bersempena dengan BlizzCon 2017. Animasi ini dilihat lebih kepada memfokuskan watak penceritaan Reinhardt

Animasi berdurasi 7 minit ini menceritakan keadaan Reinhardt ketika beliau muda dan berkhidmat sebagai Crusader bersama kawan lama berliau Balderich. Animasi pendek ini juga mempertontonkan keadaan kawasan Eichenwalde ketika peperangan bersama Omnic.

Overwatch adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Blizzard di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain.