Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Berkongsi Sebilangan Trailer Baru Buat Permainan Hyrule Warriors: Definitive Edition

Nintendo Berkongsi Sebilangan Trailer Baru Buat Permainan Hyrule Warriors: Definitive Edition

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Pada Januari lepas, Nintendo mengadakan acara Nintendo Direct Mini yang mana mereka mengumumkan sebilangan permainan buat konsol Nintendo Switch. Salah satu permainan yang diumumkan, Hyrule Warriors: Definitive Edition yang bakal tiba di konsol Switch sebagai permainan pernambah-baikkan.

Permainan tersebut asalnya dilancarkan di konsol NIntendo Wii U pada 2014 lepas dan konsol Nintendo 3DS pada 2016 lepas. Hyrule Warriors dibangunkan oleh Omega Force dan Team Ninja manakala ia dilancarkan oleh Nintendo dan Koei-Tecmo.

Hyrule Warriors: Definite Edition merupakan permainan aksi pertempuran seakan permainan Musou ataupun Dynasty Warriors dimana ia meletakkan pemain di satu kawasan luas dan pemain perlu bertempur dengan sebilangan jumlah musuh yang banyak. Menariknya, ia menggunakan segala watak-watak daripada siri The Legend Of The Zelda.

Buat masa ini, Nintendo masih belum mengumuman tarikh pelancaran permainan tersebut secara global, namun bagi pasaran Jepun, ia bakal tiba 22 Mac ini. Bagi pasaran global, ia dijangka akan tiba pada musim bunga tahun ini.


TIPS & ULASAN