Informasi Permainan Video Terkini
Grasshopper Manufacture Mengumumkan Kandungan Kolaborasi Killer 7 Buat Permainan Let It Die

Grasshopper Manufacture Mengumumkan Kandungan Kolaborasi Killer 7 Buat Permainan Let It Die

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Let It Die, iaitu permainan aksi percuma yang dilancarkan di konsol Playstation 4 pada 2017 lepas, kini pembangun permainan tersebut, Grasshopper Manufacture mengumumkan kandungan kolaborasi dengan permainan yang dibangunkan oleh mereka sebelum ini, Killer 7.

Let It Die baru-baru ini mencapai jumlah muat-turun melebihi 4 juta tampaknya akan terus mendapat pelbagai lagi kandungan tambahan buat permainan tersebut.

Kolaborasi tersebut akan menyertakan sebilangan kandungan permainan Killer 7 yang mana ia juga dibangunkan oleh pembangun yang sama. Buat masa sekarang, Grasshopper Manufacture masih belum mengumumkan kandungan tersebut dan mereka menyatakan ia masih lagi bahagian pertama daripada kandungan tambahan yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Let It Die merupakan permainan aksi yang memfokuskan multi-pemain. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Let It Die, anda boleh muat-turunnya secara percuma di PSN Store.

Muat-Turun : Let It Die


TIPS & ULASAN