Skip to main content

Let It Die, iaitu permainan percuma yang dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 kini mencapai 4 juta jumlah muat-turun. Permainan tersebut dibangunkan oleh Grasshopper Manufacture dan dilancarkan oleh GungHo Online Entertainment.

Sejak pelancaran Let It Die 2016 lepas, GungHo dan Grasshopper sering menyertakan pelbagai kandungan tambahan, acara dan sebagainya buat permainan tersebut.

Menurut GungHo, bersempena dengan kejayaan tersebut, mereka akan mengadakan acara siaran langsung esklusif dimana pemain boleh menontonnya di saluran Twitch rasmi GungHo.

Let It Die merupakan permainan aksi yang memfokuskan multi-pemain. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Let It Die, anda boleh muat-turunnya secara percuma di PSN Store.

[download] Muat-Turun : Let It Die [/download]

Leave a Reply