Informasi Permainan Video Terkini
CDPR Mengatakan Harapan Untuk Cyberpunk 2077 Lebih Tinggi Berbanding The Witcher 3

CDPR Mengatakan Harapan Untuk Cyberpunk 2077 Lebih Tinggi Berbanding The Witcher 3

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

The Witcher 3 tanpa ragu lagi merupakan permainan yang sangat berjaya bagi CD Projekt Red(CDPR). Walaupun sudah dikeluarkan pada tahun 2015 lagi, The Witcher 3 masih menjadi antara permainan paling banyak terjual pada tahun 2017.

Akan tetapi bagi CDPR, harapan mereka untuk Cyberpunk 2077 adalah lebih tinggi berbanding The Witcher 3. Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif CD Projekt Adam Kicinski, Cyberpunk adalah Witcher 3 yang baru tetapi lebih baik. Sasaran mereka adalah untuk mencipta siri baru dari awal. Dunia Cyberpunk yang futuristik akan menjadi penarik utama untuk siri ini.

Tambah beliau kerana itu mereka mempunyai harapan yang Cyberpunk akan membawa kejayaan yang lebih baik berbanding The Witcher 3 akan tetapi mereka tetap akan menjadikan pemain sebagai fokus utama sebelum perniagaan.

Jika kita lihat perbezaan antara The Witcher 2 dan The Witcher 3 boleh nampak perkembangan CDPR. Sudah semestinya Cyberpunk yang dikatakan mempunyai pembangun yang lebih ramai akan menjadi lebih baik. Kami semestinya tidak sabar. Bagi pendapat anda, adakah Cyberpunk 2077 akan menjadi lebih baik berbanding The Witcher 3, dari segi permainan dan perniagaan?


TIPS & ULASAN