Skip to main content

Seperti tahun lepas, Steam mengeluarkan senarai permainan yang menerima pendapatan kasar tertinggi untuk tahun 2017.  Pendapatan kasar adalah termasuklah jualan permainan, jualan kandungan di dalam permainan dan juga pernambahan DLC.

Walaupun senarai tidak mengikut apa-apa susunan, Steam membahagikan senarai kepada 4 kategori iaitu Platinum, Gold, Silver dan Bronze.  Tersenarai adalah 98 permainan iaitu 12 permainan di dalam kategori Platinum, 12 permainan kategori Gold, 14 permainan kategori Silver dan 60 permainan kategori Bronze.

Senarai penuh boleh didapati di pautan ini manakala 12 permainan di dalam kategori Platinum adalah seperti dibawah:

  1. Ark: Survival Evolved
  2. Tom Clancy’s Ghost Recon Wildland
  3. Grand Theft Auto V
  4. Dota 2
  5. Warframe
  6. Tom Clancy’s Rainbox Six Siege
  7. H1Z1
  8. Playerunknown’s Battegrounds
  9. The Witcher 3: Wild Hunt
  10. Rocket League
  11. Counter Strike: Global Offensive
  12. Divinity Original Sin 2

Apa yang menarik mengikut senarai di dalam kategori Platinum hanya dua permainan dilancarkan pada tahun 2017 iaitu Player Unknown’s Battlegrounds yang memasuki akses awal pada bulan Mac dan dilancarkan secara penuh pada Disember lepas. Manakala permainan Divinity Original Sin 2 pula dilancarkan pada bulan September lepas. The Witcher 3 masih mengekalkan dominasi mereka apabila tersenarai sekali lagi di dalam kategori Platinum seperti tahun 2016 walaupun permainan ini dikeluarkan pada tahun 2015 dan pernambahan DLC terakhir mereka Blood and Wine dikeluarkan pada bulan Mei 2016 lepas.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sebilangan permainan yang tersenarai di atas, jualan promosi Steam bagi permainan-permainan tersebut masih lagi ditawarkan melalui jualan promosi musim sejuk Steam sehingga 5 Januari ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan permainan-permainan tersebut dengan harga diskaun melalui Steam.

[info] Jualan Promosi Steam : Jualan Musim Sejuk [/info]

Leave a Reply