Sebelum ini kami ada laporkan yang Siri Netflix The Witcher akan menerima sentuhan penulis Daredevil iaitu Lauren Hissrich. Hari ini melalui kuciran di akaun Twitter, beliau mengatakan yang skrip untuk episod Pilot The Witcher sudah disiapkan.
#TheWitcher pilot is out for notes, and I’m out for the weekend to spend some time with my kids. See you bright and early on Monday! pic.twitter.com/qjAr5reRgB
— Lauren S. Hissrich (@LHissrich) February 24, 2018
Di dalam siri, episod Pilot biasanya akan digunakan oleh pengeluar untuk ditunjukkan kepada penerbit ataupun jika The Witcher untuk Netflix bagi mendapat pendapat mereka. Jika di terima, kebiasaan episod Pilot ini akan menjadi episod pertama untuk siri tersebut.
Walaupun sudah tersenarai di dalam Netflix, dengan perkembangan terbaru ini boleh dikatakan siri ini tidak akan dikeluarkan pada tahun ini dan kemungkinan besar produksi akan bermula tahun ini dan dikeluarkan pada tahun hadapan.
Siri adaptasi ini adalah berdasarkan Novel yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski sama ada siri ini akan mengikut siri permainan The Witcher oleh CD Projekt Red itu tidak pasti lagi dan kebiasaannya tidak. Kita hanya boleh nantikan apabila dikeluarkan nanti.