Informasi Permainan Video Terkini
Siri Adaptasi The Witcher Di Netflix Akan Menerima Sentuhan Penulis Daredevil

Siri Adaptasi The Witcher Di Netflix Akan Menerima Sentuhan Penulis Daredevil

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Antara siri yang amat kami nantikan ialah The Witcher. Kewujudan siri ini disahkan oleh Netflix pada Mei tahun ini dengan sokongan penulis novel asal Andrzej Sapkowski. Ini diharap akan memastikan siri ini mengikuti novel asal dan menjadi Game of Thrones untuk Netflix.

Menurut laporan Variety, siri ini akan mendapat sentuhan dari Lauren Schmidt Hissrich yang menjadi penulis serta penerbit siri popular Daredevil juga di Netflix. Beliau turut terlibat dalam penerbitan siri The Defenders, The West Wing dan Power. Yang masih belum diumumkan ialah barisan pelakon yang bakal memainkan watak Geralt dan Yennefer. Di kalang peminat ramai mahukan ia dimainkan oleh Mads Mikkelsen dan Eva Green. Bagaimana pula dengan anda?