Awal tahun ini,  Nintendo mengumumukan bahawa permainan Detective Pikachu akan dilancarkan secara global pada 23 Mac ini. Kini, Nintendo mempertontonkan trailer terbaru bagi permainan tersebut bersempena pelancarannya bulan depan.

Menariknya, trailer tersebut memaparkan sebilangan bentuk permainan dan juga adegan-adegan yang terdapat di dalam permainan tersebut dengan bersama suara latar. Selain itu, permainan tersebut tampaknya bakal menyertakan Pokemon Lagenda, Mewtwo yang mungkin akan berkait rapat bagi penceritaan permainan tersebut.

Permainan Detective Pikachu merupakan permainan penyiasatan yang mana pemain akan mengawal seekor Detektif Pikachu yang akan berkerjasama bersama manusia yang bernama Tim Goodman. Menariknya juga, Detektif Pikachu tersebut berupaya untuk berkomunikasi bersama Tim Goodmon dan pemain perlu bekerjasama dan mengembara sesama untuk menyelesaikan misteri yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Detective Pikachu akan dilancarkan secara esklusif di konsol mudah-alih Nintendo 3DS pada 23 Mac ini. Bagi anda yang meminati Pikachu, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan ini dan menyelesai misteri bersama Detektif Pikachu.

Sohor Kini