Skip to main content

Permua Civilization VI adalah permainan Civilization VI seperti di PC yang dikeluarkan khas untuk iPad. Hari ini permua ini menerima 2 DLC baru iaitu Pek Viking dan Pek Poland. Setiap pek dijual dengan harga RM19.90.

Pek Poland mengandungi ketamadunan Polish dengan Jadwiga, unit unik Winged Hussar dan bangunan unik Sukiennice. Disertakan juga senario khas untuk Polish, “Jadwiga’s Legacy”.

Manakala Pek Viking mengandungi 3 Natural Wonders, 6 bandar baru dan juga senario khas untuk viking iaitu “Vikings, Traders, and Raiders!”.

Pek DLC ini memerlukan permua asal Civilization VI yang sekarang sedang dijual pada harga promosi RM129.90 iaitu 50% lebih murah berbanding harga biasa di App Store. Anda pernah mencuba Civilization VI di iPad?

[info]App Store: Civilization VI[/info]

Leave a Reply