Skip to main content

Salah satu permainan berbentuk strategi yang popular di PC adalah Civilization. Kini, pembangunnya turut telah mula menawarkan permainan Civilization VI diplatform selain PC, iaitu untuk pengguna iPad.

Permainan ini ditawarkan secara percuma pada saiz 3.14GB – yang membolehkan anda memainkan sebanyak sekitar 60 kali secara percuma. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan keseluruhan permainan, pengguna perlu membeli versi penuh permainan berkenaan.

Bagi yang tidak mengenali akan permainan CIvilization, ia menawarkan permainan berbentuk strategi yang mengambil kira pelbagai perkara dalam sejarah bagi membolehkan anda membina tamadun dan empayar anda tersendiri.

Bagi anda yang mempunyai iPad, dan meminati permainan berbentuk strategi, boleh mendapatkan permainan ini hari ini melalui Apple AppStore.

[download]Muat-Turun Civilization VI[/download]

Leave a Reply