Informasi Permainan Video Terkini
The Game Awards 2017 – Soul Calibur VI Diumumkan Oleh Bandai Namco
PC

The Game Awards 2017 – Soul Calibur VI Diumumkan Oleh Bandai Namco

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Bagi yang menanti permainan perlawanan Soul Calibur terbaru sejak 2012 yang lepas, anda kini tidak perlu lagi menantinya dengan terlalu lama kerana Bandai Namco hari ini mengumumkan permainan terbaru Soul Calibur VI akan dilancar secara rasmi pada 2018 ini buat Playstation 4, Xbox One dan PC.

Soul Calibur merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Soul Calibur terakhir yang dilancarkan adalah Soul Calibur V pada 2012 lepas di konsol Playstation 3 dan Xbox 360. Dimana ia mendapat pujian ramai dengan pelbagai watak tetamu seperti Ezio Auditore daripada siri permainan Assassin’s Creed dan Jin daripada Tekken.

Trailer Soul Calibur VI tersebut memaparkan dua watak iaitu Sophitia dan Mitsurugi dimana mereka bertempur dan sebahagian bentuk permainan. Ia juga memaparkan serangan kombinasi ikonik watak-watak tersebut bersama teknik mengelak yang baru dan mungkin akan diperkenalkan kelak oleh Bandai Namco.

Namun buat masa ini, Bandai Namco masih belum berkongsi lagi informasi lanjut berkenaan permainan ini. Seperti biasa kami akan berkongsi informasi lanjut apabila ia diumumkan kelak.