Skip to main content

Bersempena dengan pelancaran Final Fantasy XV: Royal Edition dan juga Windows Edition yang bakal tiba pada 6 Mac ini, Square-Enix mengumumkan demo percuma bagi permainan tersebut bagi mereka yang ingin mencuba permainan tersebut sebelum membelinya. Demo tersebut akan dilancarkan pada 26 Februari ini dimana pemain berupaya untuk memuat-turunnya melalui Steam dan Origin.

Menurut Square-Enix, demo permainan tersebut akan membenarkan pemain untuk mengembara di kawasan bahagian 1 bersama melakukan sebilangan mod tutorial dan misi pertama permainan tersebut.

Selain itu, bagi mereka yang membeli ataupun membuat pra-tempahan permainan ini sehingga 1 Mei ini di Steam, Square-Enix mengumumkan kostum khas Gordon Freeman bersama senjata ikonik lekap beliau dari permainan Half-Life akan boleh digunakan oleh pemain untuk mod penceritaan solo dan juga mod multi-pemain Final Fantasy XV: Comrades. Square-Enix juga sebelum ini mengumumkan senarai penuh kandungan pra-tempahan di laman rasmi permainan tersebut.

Bersempena dengan pengumuman ini, Hajime Tabata, pengarah permainan tersebut juga berkongsi video khas yang mana beliau berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut bersama pengumuman kolaborasi bersama permainan Half-Life oleh Valve. Selain itu, Hajime Tabata juga menyatakan berkenaan saiz storan keperluan permainan tersebut untuk pengguna PC dimana ia akan mempunyai dua keperluan spesifikasi storan iaitu 100GB untuk permainan dalam bentuk resolusi Full HD dan 155GB untuk permainan dalam bentuk resolusi 4k.

Final Fantasy XV: Windows Edition akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac ini dengan sebilangan kandungan tambahan daripada kandungan Final Fantasy XV: Royal Edition. Untuk senarai penuh berkenaan kandungan tersebut, anda boleh membacanya di sini.

Leave a Reply