Pada Tokyo Game Show tahun lepas, Blueside dan Iggymob mengumumkan permainan Gungrave akan kembali sebagai permainan pernambah-baikkan dan realiti-maya. Kini, permainan tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Pemainan ini adakah penambah-baikkan dari siri permainan asal Gungrave yang dilancarkan di Playstation 2 pada tahun 2002 lepas – tetapi dengan mengubah bentuk permainan ke realiti-maya tanpa mengubah cerita asal permainan tersebut. Blueside juga menyatakan mereka bakal menyertakan penceritaan sehingga sekuel permainan tersebut iaitu Gungrave: Overdose.

Bagi anda yang mempunyai set kepala realiti-maya Playstation VR dan ingin dapatkan permainan ini, ia kini dijual secara digital melalui Playstation Store dengan harga RM110.

Beli : Gungrave VR

Sohor Kini