Pada Ogos yang lepas, Blueside dan Iggymob mengumumkan bahawa permainan Gungrave bakal dilancarkan sebagai permainan realiti-maya di Playstation VR, Oculus Rift dan HTC Vive. Kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi permainan tersebut iaitu pada 14 Disember ini bersama trailer terbaru yang memaparkan bentuk permainan tersebut. Namun buat masa ini ia akan dilancarkan dahulu di pasaran Jepun.
https://www.youtube.com/watch?v=GAgzoM7uqSY
Menurut laman rasmi permainan Gungrave VR tersebut, permainan ini juga akan dilancarkan dengan pelbagai kandungan tambahan seperti watak tambahan pada masa akan datang. Blueside juga menyatakan bahawa permainan ini akan dilancarkan secara global pada masa akan datang. Pemainan ini merupakan permainan penambah-baikkan dari siri permainan asal Gungrave yang dilancarkan di Playstation 2 pada tahun 2002 lepas.