Informasi Permainan Video Terkini
Potongan Harga 50% Untuk Overwatch – Promosi Bermula Hari Ini Sehingga 26 Februari
PC

Potongan Harga 50% Untuk Overwatch – Promosi Bermula Hari Ini Sehingga 26 Februari

Diterbitkan pada Feb 22, 2018 oleh .

Pada hujung minggu lepas, Overwatch boleh dimainkan secara percuma dan untuk menggalakkan pemain yang mencuba untuk membelinya hari ini Blizzard mengumumkan Overwatch dijual dengan harga potongan 50% bermula hari ini sehingga 26 Februari.

Pemain boleh membeli Overwatch dengan harga $29.99 (RM117) untuk edisi Game of The Year dan $19.99 (RM78) untuk edisi biasa di Blizzard Shop untuk PC. Semasa penulisan ini, Playstation Store untuk Malaysia tidak mendapat harga promosi ini, kami akan kemaskini jika ianya berubah nanti.

Overwatch merupakan salah satu permainan tembak-menembak dengan pelbagai pilihan adiwira berbeza, dan mempunyai lebih 30 juta pemain seluruh dunia.

Blizzard Shop: Overwatch


TIPS & ULASAN