Jika anda masih di atas pagar untuk membeli atau tidak Overwatch, anda boleh mengambil peluang pada hujung minggu ini untuk mencubanya secara percuma.
Bermula 17 Februari ini sehingga 20 Februari, anda boleh memuat turun dan bermain Overwatch tanpa memerlukan sebarang bayaran. Anda juga boleh mencuba kesemua mod yang ada di dalam permainan ini tanpa had.
Jika selepas bermain secara percuma dan anda mengambil keputusan untuk membelinya anda akan terus menyambung tanpa perlu bermula dari awal. Tawaran ini terbuka untuk semua konsol iaitu PC, PlayStation 4 dan Xbox One.