Informasi Permainan Video Terkini
Sony Melancarkan Servis My Playstation – Akses Profil Playstation Melalui Pelayar Web

Sony Melancarkan Servis My Playstation – Akses Profil Playstation Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada Feb 22, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk mengakses profil Playstation rakan-rakan anda mahupun profil anda sendiri di pelayar web, Sony kini memudahkannya dimana mereka melancarkan servis My Playstation secara rasmi hari ini dan pengguna akan berupaya untuk mengakses profil Playstation melalui pelayar-pelayar web di PC, peranti telefon pintar dan sebagainya.

Melalui servis ini, pemain berupaya untuk mencari pemain lain melalui senarai kawan yang terdapat di profil. Selain itu pemain juga dapat membuat tetapan bagi profil pemain, melihat notifikasi dan profil, menghantar dan menerima permintaan perkawanan dan juga menghantar mesej kepada rakan.

Menurut Sony, servis ini boleh digunakan di kebanyakkan pelayar web yang terdapat di PC, Mac dan juga peranti telefon pintar. Ini juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi Playstation App dan ingin melihat profil Playstation melalui pelayar web. Servis ini juga memudahkan anda untuk berkongsi pautan profil anda dimana pemain tidak lagi perlu mencari nama ataupun PSN ID di pautan pencarian seperti sebelum ini.

Bagi anda yang ingin mencuba servis My Playstation, anda hanya perlu ke pautan dibawah dan log masuk akaun Playstation Network anda.

Laman : My Playstation


TIPS & ULASAN