Psyonix hari ini mengumumkan kerjasama dengan Warner Bro Interactive Entertainment dan DC Entertainment untuk mengeluarkan pek DLC DC Super Heroes untuk Rocket League.
DLC ini akan dikeluarkan pada 5 Mac dengan harga $3.99 (RM16.00) yang akan mengandungi 2 kereta dan lebih 20 perhiasan bertemakan watak adiwira DC.
Ini bukanlah kali pertama Rocket League mendapat DLC berdasarkan siri filem ataupun komik. Sebelum ini mereka mengeluarkan DLC berdasarkan The Fast & Furious. Maklumat lanjut mengenai DLC ini boleh ditemui melalui pautan dibawah.
[info]Halaman Arahan: Pek DLC DC Super Heroes[/info]