Psyonix bersama Universal Pictures kini mengumumkan pernambahan DLC terbaru buat permainan Rocket League yang bakal menyertakan dua kenderaan dari siri The Fast & The Furious iaitu kenderaan Dominic Toretto, 1970 Dodge Charger RT dan 1999 Nissan Skyline GT-R.
Kedua-dua kenderaan tersebut bakal diserta bersama enam rekaan decal yang tersendiri dan menyertai kenderaan Dodge Ice Charger, yang merupakan kereta dari The Fate Of The Furious yang dilancarkan awal tahun ini. Setiap kenderaan tersebut akan berharga RM8 di PSN Store manakala RM5 di Steam.